ENGLISH FRENZY CAMP Siri 2/2024 telah berlangsung pada 8 – 9 Nobember 2024 (Jumaat – Sabtu) lalu bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA). Seramai 10 orang Jurulatih Utama (Guru) dan 120 orang pelajar dari 7 buah sekolah rendah daerah Barat Daya terlibat dalam program ini.
Kem seumpama ini adalah di bawah kelolaan Unit Pendidikan & Dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Program ini merupakan sebahagian dari Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA).
Melalui program MPDCA, pelajar-pelajar di sekolah akan menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma.
Moga Allah memberikan ganjaran terbaik atas sokongan dan sumbangan zakat anda serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.