Alhamdulillah.. Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT atas anugerah ini. Berkat kesungguhan komitmen warga ZPP dan PHZ keseluruhannya, Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sekali lagi mencipta sejarah bermakna apabila memenangi tempat ke-3 kategori Projek Terbaik peringkat nasional melalui program agihan zakat yang membiayai sepenuhnya kos rawatan dialisis yg dijalankan oleh PHZ-ZPP kpd golongan fakir miskin di pusat-pusat rawatan milik ZPP MAINPP.
Anugerah ini disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Subhan Kamal, Pengerusi PERKESO yang mewakili Menteri Sumber Manusia sempena Kongres “Social Synergy 2024” anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Kuala Lumpur hari ini.
Moga ianya menjadi suntikan motivasi kpd ZPP utk terus memberi perkhidmatan terbaik buat ummat khususnya di Pulau Pinang, insya-Allah..