Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid.
Zakat Pulau Pinang (ZPP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah memperuntukkan sebanyak RM6.9 juta bagi pengurusan dan operasi PHZ. Kini ZPP mengendalikan 8 Pusat Hemodialisis Zakat (PHZ) yang memberi rawatan percuma kepada 210 pesakit buah pinggang kronik, terutamanya kepada golongan asnaf fakir dan miskin.
ZPP juga turut menyediakan bantuan suntikan Erythropoietin (EPO) kepada pesakit yang menjalani rawatan di luar PHZ.
Setelah hampir 23 tahun beroperasi, PHZ terus memberikan sumbangan besar dalam menjaga kesihatan komuniti di Pulau Pinang. Bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dialisis yang terbaik, ZPP telah mengambil langkah untuk menggantikan mesin- mesin dialisis lama dengan 23 unit mesin baharu yang dilengkapi teknologi terkini.
Kos keseluruhan pembelian ini adalah sebanyak RM920,000.00, dan dengan peralatan baru ini, kita berharap dapat menawarkan perkhidmatan yang setanding dengan pusat rawatan dialisis swasta.