Telah berlangsung Kem Little Scientist siri 1/2024 pada 6 & 7 September 2024 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA). Seramai 10 orang Jurulatih Utama (Guru) dan 120 orang murid dari 13 buah sekolah rendah dari daerah Seberang Perai Tengah terlibat.
Kem seumpama ini adalah di bawah kelolaan Unit Pendidikan & Dermasiswa, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Ianya merupakan sebahagian dari program Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA).
Melalui program MPDCA, pelajar-pelajar di sekolah akan menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma.
Terima kasih tidak terhingga dari kami buat semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.