Seramai 30 orang usahawan Zakat Pulau Pinang, MAINPP hadir dalam program yang berlangsung 7 – 9 November 2022 ini. Usahawan-usahawan Zakat Pulau Pinang diterapkan kemahiran pengucapan awam, face to face conversation, kemahiran menyusun kata/cerita bagi menarik dan mempengaruhi pelanggan secara offline dan online.
Program ini telah dianjurkan oleh Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Semoga kursus sebegini memberi manfaat besar buat memajukan perniagaan mereka, InsyaAllah. Selamat berjaya semua ya!!!