Selesai program ‘𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐥𝐤 : 𝐉𝐨𝐦 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 & 𝐏𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠’ di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau pagi tadi.
Program anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya ini turut disertai Wakaf Pulau Pinang, Tabung Haji dan PTPTN. Program ini telah dihadiri seramai hampir 100 orang anggota.
Tujuan program ini dianjurkan adalah bagi menyebarluaskan kewajipan menunaikan zakat pendapatan melalui Skim Sakinah (Skim Potongan Zakat Bulanan) di ZPP.
YDH Supt. Kamarul Rizal bin Jenal, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dalam ucapan penyempurnaan turut menyeru anggota beliau agar menunaikan zakat bagi memperoleh keberkatan rezeki.
Program ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian, Pegawai-pegawai Kanan Polis dan Pegawai-pegawai Rendah Polis.
ZPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPD Barat Daya atas kesudian bekerjasama dalam menganjurkan program ini. Moga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai satu ibadah, insya-Allah.