8 Jun 2021, Bayan Lepas : Baru – baru ini ZPP telah berada di Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah Barat Daya. Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, En. Amran Hazali telah menyerahkan hamper Bantuan Makanan Kecemasan ZPP kepada Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Barat Daya iaitu En. Mohd Hafiz Aswad Bin Nadzri untuk disalurkan kepada asnaf yang terjejas di kawasan PKPD.
Pada hari yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif juga turut mengunjungi rumah ke rumah bagi menyalurkan hamper bantuan makanan terus kepada mangsa yang terputus bekalan di sekitar kawasan Barat Daya.