LAWATAN KERJA MUIP KE ZAKAT PULAU PINANG.
Hari ini Zakat Pulau Pinang, MAINPP telah menerima kunjungan daripada Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Tujuan kunjungan ini adalah untuk sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman operasi agihan dan perkhidmatan kaunter zakat di ZPP.
Ketibaan delegasi daripada MUIP seramai 18 orang diketuai oleh Dr Haji Asmadi Bin Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Baitulmal dan Operasi MUIP.
Diharapkan melalui kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam perkongsian hari ini.