Pagi tadi YB Dato’ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menyerahkan replika kunci skim Projek Baik Pulih & Bina Rumah Skim Inapan Kasih Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada 3 orang penerima di sekitar Machang Bubok dan Cherok Tokun, Bukit Mertajam.
Terima kasih kepada pembayar-pembayar zakat kerana melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat di Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Semoga lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil bersama-sama Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang meneruskan agenda penting membela golongan asnaf di negeri Pulau Pinang.