Selesai sudah program ‘𝐙𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐓𝐚𝐥𝐤 : 𝐉𝐨𝐦 𝐓𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡 & 𝐏𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠’ di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Kepala Batas pagi tadi.
Program anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah SPU ini turut disertai Wakaf Pulau Pinang, Tabung Haji dan PTPTN. Program ini telah dihadiri seramai hampir 150 orang anggota.
Tujuan program ini dianjurkan adalah bagi menyebarluaskan kewajipan menunaikan zakat pendapatan melalui Skim Sakinah (Skim Zakat Potongan Gaji) di ZPP.
Pemangku Ketua Polis Daerah SPU, YDH Superintendan Zulkeflee Sulaiman dalam ucapan penyempurnaan beliau turut berkongsi pengalaman berzakat secara bulanan serta menyeru anggotanya agar menunaikan zakat pendapatan bagi memperoleh keberkatan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.
ZPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPD Seberang Perai Utara atas kesudian bekerjasama dalam menganjurkan program ini. Moga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai satu ibadah, insya-Allah.