Zakat Pulau Pinang berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke Syarikat Samudera Jaya untuk bertemu dengan Pengarah Urusan, Encik Mohammad Fadzly Kutty Abba.
Pertemuan ini bertujuan memudahkan proses taksiran zakat perniagaan syarikat sekaligus menerima pembayaran zakat perniagaan oleh Syarikat Samudera Jaya.
Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada Zakat Pulau Pinang. Kami mendoakan semoga rezeki En Fadzly, Pengarah Urusan Syarikat Samudera Jaya terus diberkati dan perniagaan semakin maju, insya-Allah.