6 MAC 2016, Bukit Mertajam – Team Peduli Asnaf Zakat menziarahi dan menyampaikan sumbangan kecemasan kepada mangsa kebakaran di Tanah Liat hari ini. Mangsa, En.Musa seorang pemandu van kilang hanya sempat menyelamatkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil tanpa mampu menyelamatkan harta benda yang lain semasa kejadian pagi ahad lalu.


