Lawatan mahabbah yang diketuai oleh En. Mohd Rizalman Syed, Pengarah, Bahagian khidmat Pengurusan Zakat Melaka dan Dr. Rozita Baba, Ketua Penyelidik Universiti Islam Melaka (UNIMEL) ini telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Hj. Amran Hazali dan para pegawai kanan ZPP.
Tujuan lawatan mahabbah tersebut adalah untuk membina jalinan silaturahim yang lebih kukuh serta bekerjasama untuk manfaat para Muzakki dan Mustahik.