Kumpulan Syarikat USAINS Holding hari ini telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Usains Kepada Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Sumbangan zakat Kumpulan Syarikat USAINS tersebut dibuat melalui dua anak syarikat milik penuh USAINS Holding, iaitu Usains Tech Services Sdn Bhd dan Usains Tech Capital Sdn Bhd. Zakat tersebut disampaikan oleh YBhg Datuk (Dr.) Habsah Hashim, Pengerusi Usains Holding Sdn. Bhd. kepada YBrs. Encik Mohd Kairi Ghazalli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi, Zakat Pulau Pinang.
Usains Tech merupakan merupakan syarikat yang mengendalikan Executive Health Services di Hospital USM di Kubang Kerian, Kelantan dan juga, Pusat Perubatan USM (dahulunya dikenali sebagai IPPT) di Bertam, Kepala Batas. Manakala, Usains Tech Capital® merupakan sebuah syarikat pelaburan, yang antaranya menjalankan perniagaan parkir di Hospital USM di bawah kerjasama JV dengan sebuah syarikat tempatan.
Zakat Pulau Pinang telah memperkenalkan Skim Wakalah iaitu dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada entiti yang membayar zakat kepada Zakat Pulau Pinang untuk diagihkan kepada asnaf yang layak. Dengan itu, kumpulan Syarikat USAINS yang merupakan cabang komersil USM bersama Zakat Pulau Pinang akan berkerjasama untuk pengagihkan kembali wang yang diterima melalui Skim Wakalah ini kepada golongan asnaf di kalangan staf dan pelajar USM.