Zakat Pulau Pinang (ZPP) menerima kunjungan kumpulan penyelidik dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei Darussalam.
Kunjungan ini bertujuan bagi mempelajari pendekatan ZPP dalam mengatasi isu peningkatan permohonan bantuan zakat dan jenis-jenis agihan zakat yang efektif serta innovatif bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan asnaf fakir miskin.
Rombongan turut dibawa melawat ke tapak Projek Ladang Asnaf Fertigasi Tanaman Timun Zakat Pulau Pinang dan Inapan Kasih Sayang Zakat Pulau Pinang.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami ucapkan kerana sudi berkunjung ke Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Semoga bermanfaat buat umat Islam di Brunei nanti, panjang umur kita jumpa lagi. Insya-Allah.