Kunjungan syarikat telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Encik Amran bin Hazali.
Hadir dalam kunjungan berkenaan adalah Encik Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif GPM dan beberapa orang pegawai kanan.
Tujuan kunjungan adalah untuk memaklumkan peranan yang dimainkan oleh GPM dalam Bantuan Kemanusiaan di peringkat antarabangsa dan meneroka jalinan kerjasama dengan Zakat Pulau Pinang bagi membantu golongan yang memerlukan di luar negara.