Zakat Pulau Pinang (ZPP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sedang merancang untuk menaja 10 orang lagi anak-anak asnaf dalam Program Latihan Kemahiran Tinggi Kimpalan dengan Persijilan Antarabangsa. Harapan kita nanti, mereka mampu menjadi jurukimpal berpengalaman, berjaya mengubah nasib keluarga dan akhirnya kembali menjadi pembayar zakat yang menyumbang buat menaja pelajar-pelajar asnaf yang lain pula, insya-Allah.
Untuk itu, ZPP pagi ini diwakili En. Mohamad Kairi Ghazalli, Ketua Pegawai Projek ZPP telah menerima kunjungan dari The Welding Institute (TWI) Services Sdn. Bhd. untuk sesi perbincangan bagi merealisasikan rancangan ini sekaligus memanfaatkan kutipan zakat di Pulau Pinang. Kunjungan dari TWI ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Ghazale Hashim, Pengarah TWI Services Sdn. Bhd.
Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda. Doakan semoga Allah permudahkan segala perancangan ini. Ameen…
* Gambar pelajar-pelajar Pulau Pinang tajaan ZPP, MAINPP yang telah menamatkan pengajian di TWI