Selesai program βπππ€ππ πππ₯π€ : ππ¨π¦ πππ¦πππ‘ & ππ¨ππ¨π§π β bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP yang berlangsung di Auditorium A, KOMTAR.
Program anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bersama Persatuan Kakitangan Islam MBPP ini turut disertai Wakaf Pulau Pinang, Tabung Haji dan PTPTN. Program ini telah dihadiri seramai hampir 200 orang kakitangan MBPP.
Tujuan program ini dianjurkan adalah bagi menyebarluaskan kewajipan menunaikan zakat pendapatan melalui Skim Sakinah (Skim Potongan Zakat Bulanan) di ZPP, MAINPP.
Ucapan Aluan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Rizuwan Salleh, Pengarah Kawalan Bangunan merangkap Yang Dipertua Persatuan Kakitangan Islam MBPP mewakili YBhg. Datoβ Ir. Rajendran a/l P. Anthony, Datuk Bandar. Turut berucap dalam program berkenaan, YBhg. TS. Dr. Samsudin Wahab, Ketua Pegawai Operasi ZPP. Turut hadir, YBhg. Datoβ Dastagir Mohd Yassin, Ahli Lembaga Pengarah ZPP.
Zakat Talk telah disampaikan oleh En. Muhammad Asyraf Abdul Wahab, Pengurus Besar, Jabatan Operasi Kutipan, ZPP. Program turut diserikan dengan slot Sembang Santai bersama Ustaz Shaffi Yusof Ghani, Pendakwah Bebas.
ZPP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBPP atas kesudian bekerjasama dalam menganjurkan program ini. Moga usaha ini dinilai oleh Allah sebagai satu ibadah, insya-Allah.