Bengkel anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) ini telah diadakan di Hotel Berjaya, Georgetown dan telah dihadiri oleh wakil-wakil koperasi di negeri Pulau Pinang. Ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang kepentingan zakat perniagaan kepada pentadbir-pentadbir koperasi.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Haji Mohd Jamil Othman.
Taklimat zakat telah disampaikan oleh En. Mohamad Rozaimi Mohamad Rasli, Pengurus Bahagian Dakwah Korporat, Jabatan Operasi Kutipan, Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Semoga program ini dapat melahirkan lebih ramai pembayar zakat perniagaan di kalangan koperasi sekaligus bersama ZPP membantu memenuhi keperluan asnaf di negeri Pulau Pinang.