Program “Open Day” yang berlangsung Sabtu baru-baru ini di Masjid Albukhary adalah kerjasama di antara Gabungan Dakwah Malaysia Pulau Pinang (GDMPP) dan Masjid AlBukhary. Kehadiran Dato’ Amran Bin Hazali , CEO Zakat Pulau Pinang disambut mesra oleh saf pimpinan GDMPP. Dato’ Amran sebagai tetamu terhormat diberi penghormatan untuk merasmikan program “Masjid Albukhary Open Day”
Antara tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada non-muslim setempat untuk hadir melawat masjid dan melihat sendiri suasana masjid secara lebih dekat. Dalam masa yang sama ada beberapa aktiviti lain dan booth pameran disediakan untuk memeriahkan lagi program ini. Dato’ Amran sempat melawat booth pameran dan beramal mesra dengan para hadirin.
Syabas dan tahniah GDMPP atas penganjuran program seperti ini. Semoga NGO-NGO dakwah terus kuat bekerjasama dengan kariah-kariah masjid untuk memberi manfaat kepada umat dan terus menjadi idola yang positif buat masyarakat.