6 buah syarikat korporat dan koperasi telah menunaikan zakat perniagaan dan pendapatan bersama Zakat Pulau Pinang, MAINPP secara tidak langsung bersama membantu asnaf memerlukan di negeri Pulau Pinang. 6 syarikat tersebut adalah:
1. BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD
– Zakat diserahkan oleh YBhg En. Azman Haji Ahmad, Ketua Deposit dan Pembayaran Bank Simpanan Nasional.
2. JKP SDN BHD
– Zakat diserahkan oleh YBhg En. Asuat Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn. Bhd.
3. KOPERASI TUNAS MUDA SUNGAI ARA BERHAD
– Zakat diserahkan oleh YBhg Tuan Hj. Suhaimi Abdul Jalil, Pengerusi Tunas Muda Sungai Ara Berhad.
4. MAA PRECIOUS METALS SDN BHD
– Zakat diserahkan oleh YBhg En. Mohd Norain Ismail, Pegawai Pemasaran MAA Precious Metals Sdn. Bhd.
5. CELCOM AXIATA BERHAD
– Zakat diserahkan oleh YBhg En. Ahmad Pozi Rabu, Finance Business Partner Celcom Axiata Berhad.
6. OCEAN SUCCESS (M) SDN BHD
– Zakat diserahkan oleh YBhg En. Jaafar Rawther, Pengarah Urusan Ocean Success (M) Sdn Bhd.
Jumlah keseluruhan pembayaran zakat perniagaan dan pendapatan berjumlah RM2,026,417.36. Zakat telah diterima oleh YBhg. Dato’ Dr. Roslan Ahmad, Timbalan YDP Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Turut hadir, YB Hj. Mohd Tuah Ismail, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.
Dalam Majlis Hi-Tea dan Serahan Zakat Korporat yang diadakan ini juga Zakat Pulau Pinang telah melancarkan Direktori Rakan Niaga Zakat Pulau Pinang. Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan syarikat yang membayar zakat perniagaan serta sebagai usaha memberi kemudahan kepada masyarakat setempat untuk menggunakan perkhidmatan syarikat Muslim yang membayar zakat di Pulau Pinang.
Antara perniagaan yang terlibat dalam Direktori Rakan Niaga Zakat Pulau Pinang adalah Nasi Kandar Deen Maju, AMS Autospec Bertam, Shell Sungai Bakap dan lain-lain lagi.
Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar–pembayar zakat korporat dan zakat pendapatan yang sentiasa terus bersama-sama Zakat Pulau Pinang membantu golongan asnaf yang memerlukan.
Zakat Pulau Pinang turut mendoakan agar perniagaan dan syarikat tuan-tuan dan puan-puan akan terus berkembang maju dan berjaya di masa akan datang, Inshaa Allah.