Zakat Pulau Pinang (ZPP) menjalinkan kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi memperkasakan aktiviti keusahawanan dalam kalangan asnaf di negeri Pulau Pinang.
Matlamat itu dizahirkan melalui memorandum persefahaman (MoU) bagi perlaksanaan Inisiatif Pembiayaan Mikro i-TEKAD, Pembiayaan Mikro BangKIT dan Geran Perniagaan BanKIT (BBG) bagi tujuan pembangunan usahawan mikro yang belum layak mendapat kemudahan pembiayaan perbankan.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Datuk Roslan Ahmad berkata, Mikro i-TEKAD Bank Islam Malaysia Berhad merupakan salah satu program di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi membantu usahawan mikro khususnya dalam kalangan B40 dan asnaf.
Menurutnya, melalui program itu ia bukan sahaja dapat membantu menjana pendapatan mampan bagi mereka malah menjadi daya tahan kewangan perusahaan mikro.