Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menerima lawatan daripada City University (Malaysia) yang diketuai oleh Professor Datuk Dr. Yasmin binti Hussain,Timbalan Naib Cancelor (Perhubungan), City Universiti (Malaysia).
Rombongan disambut mesra oleh Dato’ Hj. Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP dan Pengurus Besar Jabatan Projek Khas, Encik Ruslan bin Harun.
Antara tujuan utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jalinan kerjasama lebih erat dalam usaha memberi manfaat kepada umat Islam di negeri Pulau Pinang.