Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menerima lawatan daripada Aviation Design Centre Sdn. Bhd. (ADC) yang diketuai oleh Dato’ Seri Abdul Rahim bin Rahman, selaku Pengarah Urusan diringi Lt Kol Sah Rurazi (Ketua Latihan) dan Encik Juanudin Rahmat bin Zainal Abidin (Pengurus Latihan).
Rombongan disambut mesra oleh Dato’ Hj. Amran bin Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP dan Ustaz Mohamad Kairi Ghazali, Ketua Pegawai Projek ZPP.
Antara tujuan utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jalinan kerjasama dalam usaha membantu anak-anak asnaf melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal aeroangkasa seterusnya dapat menjana pendapatan yang terjamin dan berkualiti sesuai dengan bidang teknikal yang diceburi kelak.
Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada umat Islam di negeri Pulau Pinang.