28 DISEMBER 2016, Bandar Perda – Zakat Pulau Pinang menerima pembayaran zakat perniagaan dari Government Integrated Telecommunications Network Sendirian Berhad (GITN) berjumlah RM 100,000.00 bagi haul 2015.
Cek bayaran zakat perniagaan tersebut diserahkan oleh Puan Nor Adni Ismail, Chief Finance Officer GITN kepada Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato Haji Azman Abdul Samat. Majlis berlangsung di ibu pejabat Zakat Pulau Pinang.
Turut hadir, Tuan Haji Rafiee Haji Yahaya, Manager RGS Nothern Region, Puan Haslinda Abdullah, Penang State Financial Officer dan juga beberapa wakil GITN yang lain.