En Muhd Khairuddin Omar, pemilik perniagaan syarikat Ikhlas Mulia Ventures menerima dengan gembira kunjungan mesra team Zakat Pulau Pinang ke pejabat beliau baru-baru ini.
Beliau sangat berpuas hati dengan penerangan cara taksiran Zakat Perniagaan daripada team ZPP dan katanya bersetuju dengan jumlah taksiran dan akan membuat bayaran zakat melalui ‘Online’.
Terima kasih orang muda atas kepercayaan yang diberikan bagi kami terus membantu asnaf di negeri Pulau Pinang tercinta ini.
Semoga bisnes bertambah maju dan seisi keluarga sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. Ameen…