Nasi Dalca Jalan Mahkamah Tunaikan Zakat Perniagaan.
Tahniah kepada Nasi Dalca Jalan Mahkamah, Bayan Lepas yang telah menunaikan zakat perniagaan bagi haul tahun ini melalui Zakat Pulau Pinang.
Bagi memudahkan urusan, team Zakat Pulau Pinang sendiri hadir ke premis mereka untuk membantu dalam proses taksiran dan menerima bayaran zakat secara langsung.
Semoga perniagaan Nasi Dalca Jalan Mahkamah, Bayan Lepas terus berkembang maju dan dilimpahi keberkatan. Terima kasih atas kepercayaan kepada kami untuk membantu menyalurkan zakat kepada yang memerlukan.