Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Ir. Rajendran A/L P. Anthony. Lawatan ZPP ini telah di ketuai oleh YBhg. Dato’ Kapten Bersekutu (PA) Dastagir Mohd Yassin.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat berkenaan kutipan zakat dan aktiviti- aktiviti yang ZPP laksanakan.
Semoga perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi hubungan MBPP dengan ZPP dan sekaligus membuka peluang kakitangan MBPP yang beragama Islam menunaikan kewajipan berzakat di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.