Petang tadi dua beradik kembar, En Muhammad Azmin dan En Muhammad Azman, Pengarah Restoran Thaiyyub Nasi Kandar telah menunaikan zakat perniagaan syarikat mereka bagi haul 2023.
Terima kasih kepada usahawan muda yang bersemangat tinggi ini, kata mereka ini adalah pengalaman buat kali pertama mereka berzakat dengan Zakat Pulau Pinang. InsyaAllah, mereka berazam tahun hadapan akan berzakat dengan jumlah yang lebih banyak berbanding tahun ini.