PROGRAM PEMINDAHAN ILMU ASAS PERAKAUNAN ,PENGURUSAN STOK, UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN BERSAMA DENGAN USAHAWAN ZAKAT PULAU PINANG FASA 2
Program ini bertepatan dengan usaha Zakat Pulau Pinang dan sasaran Bahagian Keusahawanan Asnaf untuk melahirkan usahawan yang berjaya dan seterusnya untuk melahirkan ramai pembayar zakat dari golongan Mustahik.
Program ini juga mewujudkan kerjasama yang strategik di antara para akademik dari UiTM dan Zakat Pulau Pinang dalam membangunkan usahawan asnaf agar mereka dapat keluar dari kepompong kemiskinan, berjaya di dalam perniagaan dan menjadi pembayar zakat di masa hadapan.
Program ini bermatlamat untuk menjana ekonomi Usahawan Asnaf dibawah tajaan Zakat Pulau Pinang sekaligus memberi peluang serta menaikkan sumber serta pendapatan mereka dan memberi pendedahan ilmu mengenai aspek undang-undang syarikat dan perlindungan harta intelek.