25 November 2021, Gelugor : Matlamat utama penganjuran Program Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 ini bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran berzakat kepada semua umat Islam di Pulau Pinang seterusnya memberi manfaat dan impak yang besar kepada pembayar dan penerima zakat khususnya di negeri Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, En. Amran Hazali berkata, program yang akan dijalankan sehingga hujung tahun ini akan turut menyantuni pembayar dan penerima zakat, selain meningkatkan kesedaran terhadap kewajipan menunaikan zakat dalam kalangan umat Islam di negeri ini.
Terdapat 23 program yang akan dijalankan oleh ZPP sepanjang program yang akan berlangsung sehingga akhir bulan Disember ini.
Antaranya aktiviti yang akan diadakan adalah Majis Penyerahan Bantuan Khas COVID 19 kepada penerima bantuan Zakat Pulau Pinang yang berjumlah RM1.9 juta, Majlis Penyerahan Bantuan Dermasiswa Pengajian, Majlis Penyerahan Saguhati Guru Quran, Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir di Yan Kedah dan aktiviti-aktiviti dakwah serta keilmuan zakat yang sangat penting untuk disampaikan kepada umat Islam di Pulau Pinang.
Semoga penganjuran Program Bulan Zakat Negeri Pulau Pinang Tahun 2021 ini berjaya mempromosi dan menyebarluaskan informasi berkaitan kewajipan ibadah zakat dan pengurusannya oleh ZPP.
Majlis telah dirasmikan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Dato’ Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman di Masjid Jamek Sungai Gelugor.