Alhamdulillah.. pemilik perniagaan dessert terkenal di Pulau Pinang, Khalieda Yusra, Puan Khalieda Yusra dan suami sekali lagi memilih Zakat Pulau Pinang bagi menunaikan zakat perniagaan dan zakat pendapatan bagi haul 2024.
Semoga segala urusan Kieda, suami dan kakitangan dipermudahkan oleh Allah SWT, perniagaan bertambah maju, berkat serta diberi kesihatan yang baik. Ameen…
Terima kasih Kieda, suami serta seluruh kakitangan atas sokongan. Terima kasih pembayar zakat.