Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) telah selesai menunaikan zakat perniagaan bagi haul 2024.
Majlis ringkas penyerahan tersebut telah berlangsung di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang (ZPP), Bandar Perda.
Pn. Alinda Binti Puteh, Pengarah Negeri CIDB Negeri Pulau Pinang menyerahkan zakat tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Haji Amran Hazali.
Doakan semoga Allah menerima ibadah zakat yang ditunaikan serta memberkati perniagaan yang dijalankan pembayar-pembayar zakat kita. Ameen.