Selesai sudah bengkel anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang dikendalikan oleh Pak Din, seorang pengamal herba tradisional. Program tajaan penuh ZPP kali ini disertai seramai 32 orang Usahawan/Ummi Terapi ZPP.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi membangunkan kemahiran Usahawan/Ummi Terapi melalui penghasilan produk berjenama sendiri dan memberi perkhidmatan postnatal dengan lebih sempurna dan berkualiti.
Pada hari terakhir ini, peserta turut didedahkan dengan perkongsian kisah jatuh dah bangun usahawan yang disampaikan oleh Kak Lin – Izzlin Azhar, Founder Mamamuda.
Tahniah kepada semua peserta. Selamat berjaya dan semoga terus menjadi usahawan mampu berzakat demi membantu asnaf yang memerlukan. Ameen…