Himpunan Iltizam Khaira Ummah 2030 (ILTIZAMKU2030) kali kedua telah berakhir dengan jayanya pada 23 September 2022 yang lalu.
Zakat Pulau Pinang, MAINPP selaku tuan rumah diterajui oleh Dato’ Amran Bin Hazari, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP bertempat di Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam.
Seramai 125 wakil kontinjen daripada 12 agensi pentadbiran Islam berkumpul dan menyatakan ikrar untuk terus bersama mendokong agenda perancangan strategik pembangunan 10 tahun umat Islam Pulau Pinang.
Pelbagai acara disusun termasuk pelancaran Apps Mobile ZPP, penyampaian sumbangan asnaf (saudara kita) dan juga pelancaran lagu rasmi Khaira Ummah 2030.
Syabas diucapkan kepada tuan rumah, gabungan mantap antara ZPP dan team Darul Hidayah. Insya Allah siri ketiga akan dihoskan oleh Teras BAITI JANNATI bertempat di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang.