Hari ini Zakat Pulau Pinang, MAINPP telah menerima kunjungan Pertubuhan Ar Rahmah Malaysia. Kunjungan telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Dato’ Amran Hazali.
Kunjungan bertujuan mengeratkan silaturahim ini turut membincangkan kerjasama serta manfaat yang dapat diberikan buat ummah umumnya. Semoga kerjasama erat ini dapat memberikan banyak manfaat serta dirahmati Allah, Insya Allah.