Program Lanjutan Bengkel Latihan Perkhidmatan Penjagaan Tradisional Postnatal (PTP) Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Program ini bertujuan bagi menjana ekonomi Usahawan Zakat Pulau Pinang (ZPP) melalui Program Ummi Therapy ZPP. Seramai 38 orang peserta telah hadir menjayakan program ini.
Program anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dan ZPP ini telah disempurnakan penutupannya oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, En. Mohamad Kairi Ghazalli.
Semoga program ini memberi manfaat besar buat para peserta. InsyaAllah. Ameen.