Lawatan penanda aras ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Program Wakaf Kesihatan Zakat Pulau Pinang. Lawatan ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Bin Abd Latif, UPSI Pengarah Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khariat dan Sedekah (WEZAS).
Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) berharap dapat menyediakan perkhidmatan klinik kesihatan bergerak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja kepada warga kerja dan pelajar-pelajar UPSI malah kepada masyarakat sekitarnya.
Semoga perbincangan ini akan dapat menghasilkan natijah yang baik kepada kedua-dua pihak.