Kursus Asas Membaiki Mesin Basuh Siri 2 telah melabuhkan tirainya. Kursus ini berlangsung selama 2 hari (29/4/2024 – 30/4/2024) anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kolej Komuniti Seberang Jaya, Pulau Pinang (KKSJ). Program tajaan penuh ZPP kali ini disertai seramai 27 orang peserta.
Inisiatif ini dilaksanakan bagi membangunkan kemahiran asnaf melalui latihan kemahiran yang ditawarkan.
Pengarah KKSJ, Ts. Hj. Husaini Aza Mohd Adam telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta dalam majlis penutup yang diadakan.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada KKSJ yang telah menyediakan tempat dan segala kemudahan.
Tahniah kepada semua peserta. Semoga berjaya menjadi usahawan yang mampu berzakat dan memberi manfaat kepada asnaf yang memerlukan. Ameen…