Kursus Keusahawanan F&B Secara Teknologi Retort anjuran Zakat Pulau Pinang (ZPP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bermula hari ini.
Retort adalah satu kaedah bagi memanjangkan hayat makanan tanpa penggunaan pengawet. Ia menggunakan haba pada suhu yang tinggi, untuk membunuh mikrob/bakteria pada makanan, yang diletak di dalam bekas yang kedap udara dan tahan pada haba yang tinggi.
Dalam kursus ini, para peserta diberi pendedahan mengenai teknologi retort serta kemahiran dalam memproses produk masing-masing menggunakan teknologi retort.
Seramai 20 orang peserta usahawan ZPP menyertai kursus ini. Moga segala ilmu yang ditimba dalam kursus 2 hari ini, memberi manfaat besar buat para peserta.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Hj. Alias Hj. Ali, Ahli Lembaga Pengarah ZPP.
Terima kasih atas sokongan dan sumbangan para pembayar zakat. Zakat anda akan dimanfaatkan insya-Allah.