2 Disember 2021, Bukit Mertajam : Majlis ini diadakan bagi tujuan mengeratkan hubungan antara Zakat Pulau Pinang dan pihak pengurusan kariah masjid sekitar Seberang Perai Tengah. Sebelum ini telah diadakan majlis yang sama yang melibatkan kariah masjid sekitar Seberang Perai Utara. Sesi pertukaran idea dan pandangan turut diadakan selain KPE menyampaikan maklumat terkini berkenaan pengurusan zakat di Pulau Pinang. Dalam majlis itu juga, sumbangan Saguhati Jawatankuasa Kariah berjumlah RM403,400 & Elaun Mesyuarat Kariah yang berjumlah RM416,000 turut di sampaikan.