Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kolaborasi Fakulti Perakaunan dan Undang – Undang Universiti Teknologi Mara (UITM) telah menganjurkan Program Pemindahan Ilmu Perakaunan Bersama Usahawan Bimbingan Zakat Pulau Pinang melibatkan 34 orang peserta di kalangan Usahawan Bimbingan ZPP.
Program yang turut dibiayai oleh Maybank Islamic Berhad ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Nadiah Abd Hamid, Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan UITM Puncak Alam. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan ilmu perakaunan, dokumen perniagaan, penyata perakaunan serta aliran tunai penyata kewangan.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Dalam ucapan beliau menyeru kepada para usahawan yang mengikuti program tersebut menimba ilmu bersungguh-sungguh, supaya dapat menambah nilai pada perniagaan masing-masing.
Semoga dengan program ini Usahawan Bimbingan ZPP dapat memperkasa perniagaan masing-masing, seterusnya menjadi pembayar zakat yang membantu usahawan yang lain pula.