LAWATAN LPNM KE TAPAK PROJEK PELADANG USAHAWAN ASNAF NANAS ZPP
18 MAC 2022, Ara Kuda – ZPP telah menerima lawatan dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Tapak Projek Peladang Usahawan Asnaf Nanas ZPP. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman LPNM, Tuan Haji Musliman Tasim. Turut sama dalam lawatan ini adalah Encik Mohd Zamani Ab Ghani, Pengarah LPNM Wilayah Timur, Puan Aini Mohamad Amin, Pengarah LPNM Wilayah Utara, Pengarah-pengarah Negeri, wakil-wakil pengarah negeri serta kakitangan LPNM.
Dalam lawatan tersebut, Encik Ruslan Harun, Pengurus Besar Jabatan Operasi Agihan ZPP telah memberikan taklimat ringkas serta membawa rombongan melawat ke sekitar tapak projek.
Zakat Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas perkongsian pandangan, tunjuk ajar serta idea-idea baharu terutama cara-cara penjagaan rapi bagi meningkatkan lagi kualiti nanas di Tapak Projek Peladang Usahawan Asnaf Nanas ZPP. Semoga ianya memberi manfaat yang besar buat para usahawan asnaf yang terlibat.