Team Zakat Pulau Pinang telah berkunjung ke Pejabat YB Hj. Rashidi Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan Dan Luar Bandar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tunku Abdul Rahman (Komtar). Sekaligus menerima bayaran Zakat Pendapatan melalui Skim Sakinah (Skim Potongan Zakat Bulanan) daripada YB Haji Rashidi Bin Zinol Official.
Semoga Allah menerima ibadah zakat yang ditunaikan serta melimpahkan keberkatan buat YB seisi keluarga.