Pada tahun ini, Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Penang Halal International (PHI) telah membawa 2 Usahawan ZPP dari kalangan pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka di MIHAS Ke-20.
MIHAS adalah platform terbaik usahawan industri halal atau syarikat tempatan memperkasa dan memperluaskan rangkaian perniagaan mereka.
Majlis Perasmian MIHAS Ke-20 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong dan Pengerusi MATRADE, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican.
YB Haji Rashidi Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut meluangkan masa melawat ke gerai Usahawan ZPP.