Zakat Pulau Pinang (ZPP) telah menerima lawatan dari Islamic Business School UUM yang diketuai oleh Dr. Zairy Zainol, Pengarah UUM International Islamic Business Management Conference (IBMC 2024). Turut sama, Dr. Amirul Faiz Osman, Timbalan Pengarah IBMC dan Dr. Yazid Mohd Isa, Pengarah Social Takaful Finance UUM.
Rombongan dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam UUM ini disambut mesra oleh Dato’ Hj. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP; Ts. Dr. Hj. Samsudin Wahab, Ketua Pegawai Operasi ZPP serta beberapa pegawai kanan ZPP yang lain.
Antara tujuan utama kunjungan ini adalah bagi mewujudkan jalinan kerjasama lebih erat dalam usaha memberi manfaat kepada umat Islam di negeri Pulau Pinang.