Rombongan disambut mesra oleh Ir. Haji Mohd Rozi Bin Salleh, Pengurus Besar Pusat Rawatan Dialisis Islah, Hjh. Siti Noriah Binti Arshad, Pengarah Urusan Pusat Rawatan Dialisis Islah, Dr. Hjh. Zurina binti Idrus, Person In-Charge Pusat Rawatan Dialisis Islah Bukit Mertajam serta seluruh kakitangan.
Lawatan bertujuan mengeratkan kerjasama serta menziarahi asnaf di kalangan pesakit buah pinggang tajaan ZPP yang menjalani rawatan di Pusat Rawatan Dialisis Islah Bukit Mertajam. Semoga kerjasama yang baik ini diberkati Allah serta memberi manfaat besar buat asnaf yang memerlukan InsyaAllah.
Terima kasih pembayar zakat di ZPP. Sumbangan zakat anda membolehkan kadar tajaan untuk bayaran rawatan pesakit dinaikkan, Alhamdulillah. Terima kasih semua.