DRB HICOM telah mengadakan Memorandum Perjanjian Program Tajaan Pelajar antara Zakat Pulau Pinang, MAINPP dan DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia di Pekan, Pahang Darul Makmur.
Pihak DRB-HICOM diwakili oleh Prof. Dato’ Surveyor Dr. Omar Osman, Naib Canselor DRB-HICOM University Of Automotive Malaysia manakala Zakat Pulau Pinang, MAINPP diwakili oleh Dato’ Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, MAINPP.
Program ini adalah merupakan tajaan sepenuhnya dari Zakat Pulau Pinang kepada pelajar-pelajar dari keluarga B40 yang berminat dalam bidang automotif.