Telah berlangsung KEM MUMTAZ BAHASA ARAB SPM 2024 pada 11 – 13 Oktober 2024 (Jumaat – Ahad) lalu bertempat di Pusat Latihan Zakat (PULAZA). Seramai 10 orang Jurulatih Utama (Guru Bahasa Arab) dan 120 orang pelajar Tingkatan 5 dari 11 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) terlibat dalam program ini.
Kem seumpama ini adalah di bawah kelolaan Unit Pendidikan & Dermasiswa Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dengan kerjasama Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP). Program ini merupakan sebahagian dari Mutiara Program Didik Cemerlang Akademik (MPDCA).
Melalui program MPDCA, pelajar-pelajar di sekolah akan menerima manfaat dari pelbagai program termasuk kelas-kelas tambahan & bengkel menjawab soalan peperiksaan secara percuma.
Moga Allah memberikan ganjaran terbaik atas sokongan dan sumbangan @followers serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Teruskanlah berzakat di Zakat Pulau Pinang, MAINPP.