Telah berlangsung Majlis Meraikan Pelatih Baharu Tajaan Zakat Pulau Pinang, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ke Kulim Advance Technologies Sdn. Bhd. Tahun 2024 di Dewan Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda pagi tadi.
Program Pembangunan belia asnaf Zakat Pulau Pinang (ZPP) bersama Kulim Advance Technologies telahpun bermula dengan kursus Pemesinan CNC Level 2 sejak tahun 2019 sehingga 2023 dan seramai 50 orang pelatih telah mengikuti kursus kemahiran yang dianjurkan oleh Kulim Advance Technologies.
Pada hari ini, seramai 20 orang peserta program telah dikenalpasti dalam kalangan belia asnaf dalam kategori fakir dan miskin yang akan mengikuti kursus πΎπ€π’π₯πͺπ©ππ§ ππͺπ’ππ§ππππ‘ πΎπ€π£π©π§π€π‘ (CNC) ππππππ£π dan ππ£ππͺπ¨π©π§πππ‘ πΌπͺπ©π€π’ππ©ππ€π£ (IA) selama 3 bulan di Kulim Advance Technologies dengan jumlah peruntukan zakat sebanyak RM276,624.00.
Kerjasama yang dijalinkan ZPP bersama Kulim Advance Technologies ini mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri kerana selepas tamat latihan para peserta akan menikmati:
i.Penempatan pekerjaan yang akan diuruskan oleh Kulim Advance Technologies.
ii.Pelatih wajib bekerja selama sekurang-kurangnya 6 bulan di
organisasi atau di kilang yang telah dikenalpasti oleh Kulim Advance Technologies.
iii.Pemantauan prestasi pekerja selama 6 bulan akan dilakukan oleh Kulim Advance Technologies dengan menyediakan laporan lengkap berkenaan prestasi semua pelatih yang terlibat.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) amat prihatin dan seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri melalui kerangka ekonomi Madani iaitu bagi menoktahkan kemiskinan tegar melalui program peningkatan kemahiran seperti ini. Semoga bantuan yang diterima oleh para belia asnaf pada hari ini dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk pembangunan ummah.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datoβ Dr Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut hadir, Dato’ Hj. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, MAINPP; Dato’ Hj. Mohd Sahil Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. merangkap Pengerusi Kulim Advance Technologies Sdn. Bhd, Pegawai-pegawai Pengurusan Kulim Advance Technologies serta Pegawai-pegawai Pengurusan ZPP, MAINPP.
Terima kasih tidak terhingga atas sokongan dan sumbangan anda semua. Zakat anda akan terus dimanfaatkan untuk pendidikan ummah, insya-Allah.